Inovasi Pedal MTB Kurang Risiko Cedera - KOSMO | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » Inovasi pedal MTB kurang risiko cedera - KOSMO

Inovasi pedal MTB kurang risiko cedera - KOSMO

ARTIKEL DITERBITKAN KOSMO 14/7/2021

MELAKUKAN aktiviti lasak seperti menunggang basikal bukit atau lebih dikenali sebagai mountain bike (MTB) sering menjadi pilihan sebilangan anak muda di negara ini.

a menguji adrenalin apabila penunggang perlu menempuh laluan berhalangan di dalam hutan atau trek yang disediakan.

Tidak hairanlah mereka yang menggemari aktiviti itu berisiko tinggi untuk mendapat kecederaan.

Bagi mengurangkan risiko tersebut, sekumpulan penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan inovasi pada bahagian pedal atau pengayuh basikal bukit yang dilengkapi sistem kunci magnetik dan memiliki ciri keselamatan kepada penunggang.

Inovasi yang dibangunkan itu dinamakan sebagai Self Align Magnetic Bicycle Pedal (SAMPS) direka dengan pertimbangan biomekanik yang menekankan ciri menganalisis pergerakan kasut yang dipakai semasa menunggang.

Alur magnet berfungsi sebagai sistem kekunci bagi memudahkan penunggang membuka dan meletakkan kasut pada pengayuh.

Selain itu, ia juga dapat memastikan kasut sentiasa berada dalam kedudukan statik ketika menunggang.

Ketua kumpulan penyelidik, Ts. Dr. Mohd. Shahrizal Dolah berkata, pedal itu dibangunkan bertujuan untuk mengelak penunggang terlibat dalam kecederaan fizikal atau kemalangan.

“Keadaan statik kaki adalah penting untuk mengelakkan kecederaan, meningkatkan daya tarikan kaki, meningkatkan kecekapan, selain mengurangkan penggunaan tenaga.

“SAMPS adalah pedal rata basikal Inovasi pedal MTB kurang risiko cedera yang menggabungkan sistem alur magnet dan kunci diri untuk memberi lebih keyakinan kepada penunggang yang terbabit dengan aktiviti lasak itu,” jelasnya.

Tambahnya, inovasi itu menggunakan pedal rata, tetapi berfungsi sama seperti pedal tanpa klip.

Permukaan pedal rata tersebut memberikan tunggangan yang lebih selesa, terutamanya ketika menuruni bukit.

Sistem pedal kunci diri pula memudahkan pergerakan biomekanik.

Ini memudahkan penunggang mengunci serta membuka kunci kedudukan kasut yang dipakai.

Penyelidikan SAMPS bermula pada Oktober 2016 dan tamat sepenuhnya pada September 2019 dan produk itu juga telah dipatenkan.

Selain Dr. Mohd. Shahrizal, kumpulan penyelidikan itu turut disertai oleh Ts. Shahrul Azman Shahbudin, Dr. Saiful Hasley Ramly, Raja Ahmad Azmeer Raja Ahmad Effendi dan Muhammad Amaludin Amran.

Sementara itu, Dr. Mohd Shahrizal menjelaskan, berdasarkan hasil kerja lapangan yang dilakukan di Malaysia dari 2016 hingga 2019 menunjukkan, 85.2 peratus penunggang basikal bukit terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan fizikal disebabkan oleh kesalahan pengendalian pedal.

Menurutnya, dalam penyelidikan yang dijalankan itu, pereka sendiri terlibat secara aktif serta mengambil bahagian dalam acara basikal bukit untuk mendapatkan sendiri data yang diperlukan.

Katanya lagi, sebanyak 22 faktor reka bentuk dikenal pasti dan 20 peratus daripadanya disenaraikan untuk digunakan sebagai Spesifikasi Reka Bentuk Produk (PDS).

“Ini bagi membantu mengurangkan kecederaan fizikal, menjaga keselesaan dan keselamatan penunggang.

“Kelebihan produk ini adalah sistem penguncian pedal basikal self-aligning yang memudahkan penunggang semasa pergerakan.

“Sistem magnet pedal basikal pula memberikan kaki penunggang berada dalam keadaan statik ketika berkayuh,” ujarnya.

Tambahnya, produk tersebut adalah lebih efektif, murah dan mesra pengguna untuk meningkatkan prestasi dan tahap keselamatan.

Tarikh Input: 24/12/2021 | Kemaskini: 24/12/2021 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
WVJZGAl:06:14