LATIHAN SANGKUTAN PENGKOMERSILAN (LSP) DENGAN KERJASAMA PEJABAT PENDAFTAR | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTICLE » LATIHAN SANGKUTAN PENGKOMERSILAN (LSP) DENGAN KERJASAMA PEJABAT PENDAFTAR

LATIHAN SANGKUTAN PENGKOMERSILAN (LSP) DENGAN KERJASAMA PEJABAT PENDAFTAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
ADAKAH TEKNOLOGI YANG ANDA HASILKAN
 
•Hak harta intelek dimiliki oleh UPM?
•Tahap kesediaan teknologi (TRL) 6 dan ke atas?
•Mempunyai Minimum Viable Product?
•Mempunyai potensi permintaan di pasaran?
 
ADAKAH ANDA INGIN
•Melaksanakan validasi pasaran ke atas teknologi hasil penyelidikan anda?
•Mengkomersilkan teknologi hasil penyelidikan anda?
•Meneroka bidang keusahawanan teknologi?
•Menubuhkan syarikat pemula untuk mengkomersilkan teknologi hasil penyelidikan anda?
 
▶️Jika YA untuk semua jawapan di atas, UPM menyediakan LATIHAN SANGKUTAN PENGKOMERSILAN (LSP) DENGAN KERJASAMA PEJABAT PENDAFTAR bagi memberi peluang kepada Staf Akademik menceburi bidang keusahawanan berasaskan Harta Intelek UPM sehingga 24 bulan secara fokus.
 
▶️ LSP bertujuan untuk menambah dan memperluaskan pengalaman Staf Akademik dalam bidang keusahawanan serta membentuk sikap, jati diri, kemahiran dan pengetahuan dalam dunia industri sebenar agar boleh menghasilkan inovasi yang berpacukan pasaran dan berdaya saing.
 
▶️ Latihan akan bermula pada Mac 2026
 
▶️Sila klik pautan berikut untuk Garis Panduan LSP & Borang Permohonan LSP: (https://drive.google.com/.../1L_Huyc8STb11PQ-6IqxIwJU...)
 
▶️Sebarang pertanyaan hubungi :
Urusetia Latihan Sangkutan Pengkomersilan
Seksyen InnoHub
Putra Science Park
 
(Puan Noor Fadilah Ayu Binti Wichi : 03-97692183 / fadilah@upm.edu.my)
Tarikh Tutup Permohonan : 18 Disember 2025

Date of Input: 08/12/2025 | Updated: 08/12/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (05:53:53pm-05:58:53pm, 06 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]