MITRAFix Ekstrak Daun Ketum Bantu Terapi Luka | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » MITRAFix Ekstrak Daun Ketum Bantu Terapi Luka

MITRAFix Ekstrak Daun Ketum Bantu Terapi Luka

MITRAFix Ekstrak Daun Ketum Bantu Terapi Luka  

 

MIITRAFix dirumus daripada ekstrak daun ketum menggunakan teknik tenaga tinggi yang menjimatkan kos, selamat, menjimatkan tenaga dan masa, tidak bertoksik dan sesuai untuk industri farmaseutikal berskala besar. 

 

Umum mengetahui, minyak asid oleik adalah mudah didapati daripada minyak sawit di negara kita yang terbukti mengandungi khasiat yang sangat baik untuk tujuan perubatan. Selain itu juga, daun ketum  sememangnya terbukti mampu

 

Pengurusan luka sememangnya menjadi kebimbangan masyarakat dalam penjagaan kesihatan. Rata-rata produk yang dipasarkan di pasaran dijual dengan harga yang tinggi selain memerlukan penyelenggaraan yang tinggi bergantung kepada banyak faktor diantaranya kadar penyerapan yang lemah, tahap keterlarutan dalam air yang rendah sekali gus menghalang keberkesanan sesuatu produk untuk diserap di kawasan kulit yang mengalami luka. 

 

Memahami akan keperluan dalam menghasilkan produk terapi luka yang berkesan, efektif dengan harga yang berpatutan untuk dimiliki oleh seisi rumah, penyelidik UPM telah membangunkan MIITRAFix menggunakan teknik Response Surface Methodology (RSM). 

 

Menggunakan komposisi bahan utama  daun ketum yang sememangnya mudah didapati di Malaysia dan rantau Asia, daun ketum menawarkan harga yang berpatutan dibandingkan dengan ubat sintetik. Selain itu, kelebihan lain produk ini adalah ia menggunakan proses pengekstrakan yang mudah dan menjimatkan duit dan tenaga menjadikannya sesuai bagi pengoperasian skala besar. 

 

Inovasi yang dibangunkan menggunakan geran daripada MOSTI juga telah mendapat sokongan penuh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

 

Ekstrak daun ketum bertindak sebagai mediator penyembuhan luka kerana mengandungi antioksidan yang baik, tidak toksik dan bersifat anti-mikrob. Dengan segala kebaikan dan manfaat yang ditawarkan, inovasi ini sememangnya menjadi buruan bagi kegunaan industri farmaseutikal bagi penjagaan kulit  dan hospital atau klinik bagi pengkhususan rawatan perubatan alternatif dalam penjagaan pesakit yang mempunyai luka akut dan kronik dari semua peringkat umur. 

 

Penyelidik, 

 

Prof. Madya ChM. Dr. Siti Efliza Ashari

Fakulti Sains/Pusat Asasi Sains Pertanian

Universiti Putra Malaysia



Tarikh Input: 01/03/2023 | Kemaskini: 01/03/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdQAe~