Kerajaan sedang menyemak semula dasar perindustrian dan pertanian bagi memastikan keterjaminan makanan negara di tengah-tengah perubahan iklim yang mengancam hasil pertanian.
Menurut Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid dari UniKL Business School, walaupun ekonomi berkembang, sektor pertanian perlu diberi perhatian kerana faktor seperti harga minyak sawit, kos import, dan geopolitik dunia memberi kesan kepada kestabilan bekalan makanan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menekankan keperluan kerjasama antara Malaysia dan negara jiran untuk menangani kekurangan bekalan makanan.
Prof Datin Dr Fatimah Mohamed Arshad dari UPM mencadangkan pelaksanaan dasar ‘Food First Policy’ dan peningkatan dana R&D dalam sektor makanan seperti yang dilakukan dalam industri sawit.
Beliau juga menegaskan kepentingan memodenkan teknologi pertanian serta memastikan liberalisasi industri padi dan beras untuk mengelakkan kebergantungan kepada dasar perlindungan yang berusia lebih 50 tahun.
Date of Input: 13/03/2025 | Updated: 13/03/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia