PUTRA AMAZING AGAR TINGKAT PENGENALPASTIAN BAKTERIA DARIPADA PESAKIT | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTICLE » PUTRA AMAZING AGAR TINGKAT PENGENALPASTIAN BAKTERIA DARIPADA PESAKIT

PUTRA AMAZING AGAR TINGKAT PENGENALPASTIAN BAKTERIA DARIPADA PESAKIT

Kadar kultur negatif yang tinggi menimbulkan cabaran kepada makmal diagnostik dan doktor dalam merawat pesakit. Proses pengasingan dan pengenalpastian mikroorganisma adalah penting untuk membimbing doktor dalam menyediakan rawatan yang cepat dan sesuai untuk pesakit.

Makmal Klinikal Diagnostik sering menekankan proses pemeriksaan yang menyeluruh dan cekap untuk memastikan hasil pengesanan bakteria yang tepat untuk melakukan rawatan pesakit yang berkesan dan cepat. Ketidakupayaan untuk berkembang dan mengenal pasti mikroorganisma yang menyebabkan jangkitan akan mengakibatkan penyakit yang berpanjangan dan jangkitan sekunder kepada pesakit. Dalam sesetengah kes, ia memerlukan kos perubatan yang tinggi dan boleh membawa maut.

Justeru, penemuan Putra Amazing Agar oleh sekumpulan penyelidik UPM berupaya mengatasi isu ini di mana ia terdiri daripada bahan khas yang dinamakan sebagai Tween 80. Tween 80 didapati terbukti menggalakkan peningkatan kadar kultur negatif. Kultur negatif berlaku apabila mikroorganisma tidak diasingkan daripada pesakit dengan sampel klinikal jangkitan yang disyaki. 

Putra Amazing Agar mempunyai keupayaan untuk mengawal penyebaran pemeriksaan lanjut dan berfungsi sebagai alternatif kepada sistem kultur darah. Secara tradisinya, kaedah makmal diagnostik menggunakan sistem kultur darah untuk mengatasi kes kultur negatif. Putra Amazing Agar menggalakkan penjimatan kos berbanding dengan kaedah tradisional yang mengggunakan sistem kultur darah.

Menurut Ketua Penyelidik, Prof. Dr Syafinaz Amin Nordin daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM berkata, Putra Amazing Agar terdiri daripada Tween 80, suatu bahan yang dibangunkan menjadi Agar Produk Segera yang siap digunakan. Proses penggunaannya bermula dengan sampel klinikal, khususnya, cecair badan akan dikultur secara langsung pada agar diikuti dengan 2 hari inkubasi untuk mikroorganisma berkembang.

"Putra Amazing Agar adalah penyelesaian yang baik untuk kedua-dua makmal dan pesakit dalam menyediakan pengurusan pesakit yang tepat, cepat dan selamat. Ciptaan ini sedia untuk dikomersialkan secara besar-besaran untuk makmal diagnostik dan penyelidikan," tambahnya.

Inovasi ini direka khas untuk menangani cabaran semasa dengan keupayaan agar tradisional yang rendah dalam menggalakkan kadar pertumbuhan mikroorganisma. Untuk memastikan pengurusan pesakit yang tepat, selamat, dan cepat, pertumbuhan mikroorganisma yang menyebabkan jangkitan adalah penting. Keadaan mikroorganisma yang yang menyebabkan jangkitan di makmal dipanggil sebagai Kultur Negatif sering dihadapi dalam kalangan pesakit penyakit buah pinggang yang menjalani dialisis peritoneal ambulatori (CAPD) kerana mengalami jangkitan.

Putra Amazing Agar mempunyai keupayaan yang lebih besar untuk merangsang pertumbuhan mikroorganisma sehingga 60% daripada agar tradisional semasa yang digunakan di makmal. Antara manfaatnya, inovasi ini menggalakkan alternatif penjimatan kos pengoperasian yang lebih rendah berbanding sistem kultur darah dalam memerangi situasi kultur negatif sekali gus menawarkan peluang yang lebih besar bagi makmal untuk mengatasi isu sistem kultur darah dengan alternatif yang ditawarkan. Menariknya, ciptaan ini menawarkan penjimatan masa sehingga 50% sekali gus, mengatasi kelemahan sistem kultur darah dengan berkesan.

Tambahan pula, system kultur sedia ada dipasaran adalah menggunakan darah kuda sebagai asas dan ini menyebabkan kos lebih tinggi serta isu kekurangan bekalan darah kuda

Date of Input: 24/12/2021 | Updated: 24/12/2021 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEUIAP~