Skyridder Atasi Kesukaran Membuang Dawai Lama Pada Tiang Lampu | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » Skyridder atasi kesukaran membuang dawai lama pada Tiang Lampu

Skyridder atasi kesukaran membuang dawai lama pada Tiang Lampu

 

Gegantung (outdoor bunting) yang digantung pada tiang lampu sekitar UPM banyak digunakan bertujuan bagi mempromosikan sesuatu program. Kaedah penggantungan menggunakan dawai dan tidak diurus dengan baik menyebabkan banyak tinggalan dawai lama dan cebisan bunting yang dibiarkan selepas berlangsungnya program berkenaan. Tinggalan dawai dalam tempoh lama menyebabkannya berkarat akibat teroksida dan didapati sebanyak 186 tiang lampu mempunyai tinggalan dawai berkarat yang mencemarkan pemandangan, imej dan persekitaran kampus UPM yang mendapat pengiktirafan Green Campus dan Pensijilan MS ISO 14001:2015 (Sistem Pengurusan Alam Sekitar).

 

Kerja pemasangan gegantung baharu pada tiang lampu menjadi sukar dan mengambil masa yang lama kerana kerja pembersihan dawai lama / serpihan kayu bunting yang mengganggu kerja pemasangan perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Staf bertugas turut terdedah kepada risiko cedera akibat pengendalian tinggalan dawai ini dan terjatuh daripada tangga semasa kerja dijalankan. Hasil semakan, didapati terdapat Pihak Berkuasa Tempatan yang mempunyai alat khas untuk membuang dawai, namun kos pembelian alat yang diimport adalah tinggi, mempunyai limitasi dari segi ketinggian aras capaian dan tiada produk seumpamanya dijual di pasaran dalam negara.

 

Masalah berjaya di atasi dengan beberapa inisiatif iaitu melalui pelaksanaan :

  1. Program Bebas Dawai dengan kerjasama Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, UPM
  2. Penghasilan inovasi Skyridder iaitu satu alat khas bagi memotong dawai yang mempunyai ciri-ciri yang unik.
  3. Pembangunan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan - Kaedah Selamat Buang Dawai Pada Tiang Lampu/Elektrik

Inovasi Skyridder ini telah memperolehi dua (2) perlindungan harta intelek iaitu hakcipta lukisan teknikal dan manual penggunaan alat. Program Bebas Dawai telah dilaksanakan sebagai kempen kesedaran dan kebersihan di peringkat UPM pada tahun 2018 dan 2019. Kini alat Skyridder telah digunapakai di Kampus UPM Serdang, Selangor dan UPM Bintulu-Sarawak. Usaha pengkomersilan inovasi dengan pihak luar/industri turut giat dipromosikan supaya manfaatnya dapat digunakan oleh pelbagai pihak.

Program Bebas Dawai memberi kesedaran kepada warga kampus terhadap pencemaran pemandangan dan persekitaran dari dawai karat/cebisan bunting terbiar yang memberi imej negatif kepada masyarakat serta pelancong. Program berjaya membersihkan persekitaran UPM selaras dengan Dasar Hijau dan penarafan UPM dalam UI-Greenmetric World University Ranking.

Inovasi SkyridderTM – Long Handle Wire Cutter (AR2019004073) mudah digunakan, mempercepatkan masa pembuangan dawai, meningkatkan keselamatan staf, selamat digunakan dipelbagai keadaan dan memerlukan seorang pengendali sahaja bertepatan dengan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM.

Alat dibangunkan dengan kos yang rendah berbanding alat import, mempunyai perlindungan harta intelek dan berpotensi dikomersilkan oleh industri. Menyasarkan pengguna seperti agensi/komuniti kecil, pihak berkuasa tempatan, universiti/sekolah.

KELEBIHAN  SkyridderTM

  • Masa memotong dawai- 12 saat VS  120 saat (manual)
  • Kerja lebih mudah ; - ringan: 1.7 kg  VS  6kg (alat  import)
  • Kos alat RM133 VS RM4.1k(alat  import)
  • Capaian lebih tinggi >5 meter VS < 4 meter (alat import)
  • Alat mempunyai pemegang bersasar
  • Hanya seorang pengendali
  • Tingkatkan keselamatan pekerja di pelbagai persekitaran

 

>> Poster Skyridder

 

Hubungi :

Asrizam Esam
Pegawai Penyelidik
Putra Science Park
asrizam@upm.edu.my

 

Artikel oleh:
Asrizam Esam

Tarikh Input: 16/12/2019 | Kemaskini: 16/08/2022 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDcVAq~