Test Kit Ganoderma UPM: Senjata Baharu Menentang Reput Pangkal Batang | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTICLE » Test Kit Ganoderma UPM: Senjata Baharu Menentang Reput Pangkal Batang

Test Kit Ganoderma UPM: Senjata Baharu Menentang Reput Pangkal Batang

Penyakit Reput Pangkal Batang (BSR) yang disebabkan oleh kulat Ganoderma boninense merupakan musuh utama industri kelapa sawit kerana menyebabkan kematian pokok dan menjejaskan hasil pengeluaran. Menyedari cabaran ini, penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai oleh Prof. Datin Dr. Siti Nor Akmar Abdullah dari Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menghasilkan satu inovasi yang memudahkan pengesanan penyakit ini pada peringkat awal, sebelum tanda-tanda kerosakan dapat dilihat pada pokok. Inovasi ini memberi peluang kepada pengusaha ladang untuk bertindak lebih cepat dan mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Apa yang menjadikan inovasi ini istimewa ialah kerana ia membolehkan pengesanan paling awal jangkitan Ganoderma boninense berbanding kaedah pengesanan lain. Ini dicapai kerana teknik ini adalah berasaskan ekspresi gen tidak balas pertahanan pokok sawit dari permulaan interaksi kulat patogen ini dengan sel sawit. Kaedah ini mempunyai kelebihan kerana ianya boleh menentukan kadar ekspresi gen yang selari dengan peringkat jangkitan dimana ekspresi yang lebih tinggi bermakna peringkat jangkitan yang lebih lewat. Ini membolehkan keberkesanan sesuatu kaedah mitigasi di tentukan berasaskan keupayaan menurunkan kadar ekspresi gen tindak balas pertahanan tersebut. Tambahan pula teknik ini dapat mengesahkan gejala awal jangkitan kulat G. boninense untuk membezakan dari gejala serupa yang terhasil dari tekanan seperti kekurangan air atau baja. Kaedah ini adalah cepat, tepat dan boleh menganalisis sampel yang banyak dalam satu masa. Sampel akar akan dibawa ke makmal dimana mesin real time PCR akan digunakan selepas hanya satu langkah tindak balas biologi molekul dibuat dan data boleh di analisis serta merta.

Selain membantu mengesan penyakit lebih awal, teknologi ini juga berpotensi dihasilkan pada kos yang rendah, menjadikannya mampu dimiliki oleh pelbagai pihak dalam industri kelapa sawit. Dengan kelebihan dari segi kepantasan, kemudahan penggunaan dan kos yang berpatutan, inovasi ini berpotensi menjadi alat penting dalam usaha melindungi tanaman kelapa sawit daripada ancaman Ganoderma. Teknik ini akan memberi manafaat jangka panjang yang tinggi kerana berupaya mengekalkan jangka hayat produktif pokok kelapa sawit di ladang. Kejayaan ini membuktikan bahawa penyelidikan UPM bukan sahaja menghasilkan penemuan baharu, malah menawarkan penyelesaian praktikal yang mampu memberi impak besar kepada sektor perladangan negara.

Link: https://www.facebook.com/share/p/1HZqUo8Vh7/

May be an image of ‎text that says "‎Revolusi Pengesanan Ganoderma: Lindungi Ladang Sawit Anda Cabaran Industri Ancaman Maut Reput Pangkal Batang (BSR) utama SENit ang ryebabkan mpokul meni ejaskan ajaskar peige GRaran للثاث rastik. Inovasi UPM Senjata Baharu: Test Kit Ganoderma UPM No: PI2026003415 berasaskan ekspresig nh 四五四日 kelinatan. Analisis Molekul Pantas Tepat melalui CRuntu serta-merte /ag sangat eρ.T. Keunggulan & Manfaat Teknologi Pengesanan Awal Pasaran Mampu nembezakan jangkitan daripada simptam kekurangan: ataubaja. Rendah & Mampu Milik Teknalogi dreka kegunaan meluas vang berpatutan semua Memanjangkan Jangka Hayat Produktif Memb embclehkan mitigasi pantas mengekalkar produktiviti angka panjang NotebookLM‎"‎

Date of Input: 14/06/2026 | Updated: 14/06/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
X, (01:49:07pm-01:54:07pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]