Tingkatkan Keuntungan Ternakan Dengan Thohira Sinbiotik | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTICLE » Tingkatkan Keuntungan Ternakan Dengan Thohira Sinbiotik

Tingkatkan Keuntungan Ternakan Dengan Thohira Sinbiotik

Thohira synbiotics adalah campuran prebiotik dan probiotik untuk meningkatkan kualiti dan prestasi makanan ternakan.

Thohira synbiotic G03 adalah gabungan dari campuran bakteria probiotik dan prebiotik, di mana ia dirumuskan khas untuk spesies akuatik termasuk ternakan ikan dan udang. Thohira Synbiotic dapat meningkatkan hasil ternakan dengan cara meningkatkan penghadaman & penyerapan makanan. Selain itu, produk ini bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti isi ikan atau isi udang malah dapat memberikan keuntungan yang lumayan kepada para penternak di luar sana. Thohira berkebolehan untuk menstabilkan kualiti air ternakan, mempercepatkan tumbesaran ikan atau udang dan meningkatkan kualiti dasar kolam dengan lebih berkesan.

Dengan penggunaan produk Thohira ini, penternak dapat melindungi ternakan daripada serangan penyakit disebabkan oleh bakteria merbahaya. Hasilnya, jumlah survival ternakan meningkat dan keuntungan ternakan bertambah.ternakan, lalu meningkatkan prestasi tumbesaran.

Penternak kurang untung bahkan mengalami kerugian akibat kos ternakan yang tinggi dan ancaman pelbagai penyakit di ladang. Kos ternakan yang tinggi ini adalah disebabkan oleh kadar tukaran makanan yang tidak efisien. Ini menyebabkan dedak yang diberi makan kepada ternakan kebanyakannya bertukar menjadi tinja dan merosakkan kualiti air. Akibatnya, ternakan tidak membesar dengan baik dan survival ternakan menurun.

Thohira synbiotics terdiri daripada mikroorganisma yang berkebolehan menghasilkan pelbagai enzim, protin dan metabolit. Apabila dicampur dalam makanan ternakan, Thohira membantu memudahkan pencernaan dan mempercepat tumbesaran ternakan. Hasilnya, haiwan dapat membesar dengan baik pada kos yang rendah.

Thohira apabila dicampur dalam kolam akuakultur akan mengurangkan sisa toksin ammonia, nitrit dan nitrat. Hasilnya, air tidak perlu kerap ditukar dan biosekuriti terjaga.

Thohira menghasilkan antibiotik alami yang menghalang pembiakan bakteria penyakit yang mengancam survival ternakan. Hasilnya, risiko kerugian kematian ternakan dapat dikurangkan.

Teknologi Thohira membantu penternak untuk mengurangkan kos ternakan tanpa menjejaskan prestasi tumbesaran haiwan. Penternak lebih untung apabila menggunakan makanan ternakan yang dikuasakan oleh Thohira Synbiotics. Penggunaan Thohira dapat menjaga kualiti air akuakultur dan mengelakkan pencemaran air pada alam sekitar akibat ternakan akuakultur yang intensif.

 

- Prof Dr. Shuhaimi Mustafa - IPPH UPM

- Dr. Muhamad Akhmal Hakim B. Roslan - Halways Sdn Bhd (UPM start-up company)  

Putra Science Park, 
Universiti Putra Malaysia, 
Serdang, Selangor
Phone: 011-5629 8761

Date of Input: 14/11/2019 | Updated: 14/11/2019 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
C1575624279