PSP UPM ANJUR PROGRAM KESEDARAN ALAM HIJAU 2025 | PUTRA SCIENCE PARK
» GREEN SUSTAINABILITY » LESTARI@PSP » PSP UPM ANJUR PROGRAM KESEDARAN ALAM HIJAU 2025

PSP UPM ANJUR PROGRAM KESEDARAN ALAM HIJAU 2025

Hulu Langat, 20 Februari 2025 – Putra Science Park (PSP), UPM menganjurkan Program Kesedaran Alam Hijau PSP 2025 di Sungai Manggis, Hulu Langat bagi meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

Program ini merangkumi pelbagai aktiviti menarik seperti penerangan mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), nyanyian bertemakan alam, deklamasi puisi hijau, riadah di sungai, serta jamuan BBQ. Penganjuran ini bertujuan memupuk kecintaan terhadap alam sekitar dalam kalangan peserta.

Dianjurkan oleh JK Kelestarian Hijau PSP, program ini diharapkan dapat menyemai semangat tanggungjawab dalam menjaga persekitaran yang lebih lestari.

 

Updated:: 10/03/2025 [faizfarhan]

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
F, (01:22:40am-01:27:40am, 12 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]