8 Januari 2025- Bengkel 'Pitch to Industry' telah berjaya dilaksanakan di InnoHub, Putra Science Park dengan kerjasama antara Putra Science Park, CiRNeT, dan MRANTI. Bengkel ini dikendalikan oleh panel industri, Ts. Dr. Afnizanfaizal Abdullah, yang merupakan General Manager di MRANTI.
Bengkel ini bertujuan untuk membimbing penyelidik dalam meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan inovasi mereka kepada pihak industri. Melalui sesi interaktif dan perbincangan, para peserta telah mendapat pendedahan berguna untuk mengoptimumkan daya tarikan projek penyelidikan mereka kepada rakan strategik industri.
Putra Science Park dan CiRNeT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua 22 Penyelidik Teknikal dan Penyelidik Pasaran atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang sesi ini.
Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan Putra Science Park untuk menyokong dan memperkasakan penyelidik UPM dalam memperluaskan impak inovasi mereka, sekaligus membuka laluan ke arah pengkomersialan yang lebih berkesan.
Date of Input: 09/01/2025 | Updated: 09/01/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia