InnoHub Class 5 | Kohort Jun 2026 | PUTRA SCIENCE PARK 127
» NEWS » InnoHub Class 5 | Kohort Jun 2026

InnoHub Class 5 | Kohort Jun 2026

InnoHub Class 5 bagi Kohort Jun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan bimbingan Prof. Madya Dr. Puteri Aina Megat Ameir Noordin selaku Mentor Program InnoHub. Kelas ini telah dihadiri oleh penyelidik teknikal dan penyelidik pasaran daripada projek-projek yang berjaya dipilih bagi Kohort Jun 2026.

Kelas kelima ini merangkumi Module 4: Developing Business Plan and Legal Perspectives , yang bertujuan membina kefahaman peserta mengenai penyediaan pelan perniagaan yang komprehensif, termasuk pembangunan model perniagaan, strategi pemasaran, unjuran kewangan serta aspek perundangan yang berkaitan dengan penubuhan dan pengurusan syarikat pemula. Melalui modul ini, peserta turut didedahkan kepada kepentingan pematuhan undang-undang, perlindungan harta intelek, tadbir urus syarikat serta pengurusan risiko dalam memastikan kelestarian perniagaan.

Putra Science Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mentor serta semua peserta atas komitmen dan penyertaan yang diberikan. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang sesi ini dapat dimanfaatkan dalam menyediakan pelan perniagaan yang mantap, memperkukuh asas penubuhan syarikat pemula serta mempercepatkan pengkomersialan hasil penyelidikan.

 

Date of Input: 05/08/2026 | Updated: 05/08/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (05:23:24pm-05:28:24pm, 05 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]