Ficus Group Capital Dan Zoepnano Tingkat Komersil Inovasi UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Ficus Group Capital Dan Zoepnano Tingkat Komersil Inovasi UPM

Ficus Group Capital Dan Zoepnano Tingkat Komersil Inovasi UPM

SERDANG, 14 Mac - Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalinkan Kerjasama strategik bagi mengikatkan usaha pengkomersilan teknologi bersama Ficus Group Capital Sdn Bhd dan ZoepNano Sdn Bhd.

 

Kerjasama sama ini telah dimetrai melalui majlis pertukaran dokumen MOU bersama Ficus Group Capital Sdn Bhd dan pertukaran dokumen pelesenan teknologi bersama ZoepNano Sdn Bhd. yang diadakan secara hibrid pada 14 Mac 2022 di Galeri Putra, Bangunan Canselori UPM.

 

Memorandum persefahaman (MoU) dengan Ficus Group Capital Sdn Bhd yang merupakan syarikat pengurusan dana modal teroka patuh syariah yang pertama di dunia. Ficus GC melabur dalam peringkat permulaan yang menjanjikan kepada syarikat permulaan teknologi Siri A di seluruh Asia Tenggara, walaupun dengan tumpuan kepada Malaysia terutamanya dalam sektor teknologi.

Timbalan Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Nazamid Saari berkata melalui kerjasama tersebut akan dapat memberi impak yang signifikan kepada kedua-dua pihak seperti mewujudkan peluang pelaburan baharu bagi sektor teknologi, pembiayaan atau penasihat dana, menjayakan pengkomersilan harta intelek kepada UPM, serta memperkukuhkan lagi latihan sumber manusia.

 

 

Selain itu, majlis melibatkan pertukaran dokumen memorandum perjanjian (MoA) pelesenan teknologi Nanoselulosa Biomas Sawit dengan syarikat ZoepNano Sdn Bhd. Teknologi nanoselulosa ini dibangunkan oleh kumpulan penyelidik UPM yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Hidayah Ariffin dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.

Menurut Prof. Ts. Dr. Hidayah Ariffin, nanoselulosa adalah bahan yang versatil dan memiliki sifat istimewa seperti kuat daripada segi mekanikal, mempunyai luas permukaan spesifik yang tinggi, boleh diperbaharui serta boleh terurai secara bio (boleh biodegradasi) dan dapat digunakan di dalam pelbagai pembangunan produk industri

Date of Input: 15/03/2022 | Updated: 15/03/2022 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFWHAh~