Human Resource For Innovation Training | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Human Resource for Innovation Training

Human Resource for Innovation Training

SERDANG, 10 Mac 2022 – PSP UPM sentiasa berusaha memastikan setiap staf UPM terutamanya dikanalgan penyelidik UPM cakna dan memahami keperluan perlindungan harta intelek dan juga pengkomersilan teknologi kepada pihak.  

Menurut Muhammad Amirin Sofi Mohd Hairuddin, Pegawai Eksekutif, Unit Perkhidmatan Latihan PSP UPM,  sepanjang tahu 2021,  PSP telah melaksanakan sebanyak 20 latihan berkenaan dengan skop inovasi dan pengkomersialan kepada penyelidik UPM mahupun pihak luar.

“Ini merangkumi jumlah peserta keseluruhan yang telah dilatih adalah seramai 780 orang di dalam mahupun diluar UPM”, katanya lagi.

UPM turut berkongsi pengalaman dan kepakaran di dalam bidang ini kepada agensi lain yang memerlukan seperti FRIM dan lain-lain.

PSP telah memberi latihan dan tunjuk ajar mengenai komersial dan Technology Readiness Level (TRL) yang dapat membantu meningkatkan kefahaman dalam kalangan penyelidik dan staf Forest Research Institute Malaysia (FRIM).

Di saat pandemik yang masih melanda dunia, saluran melalui medium maya menjadi platform utama bagi menyampaikan latihan kepada para peserta.

Di antara program yang telah dianjurkan bagi tahun 2021 adalah seperti Workshop on Technology Readiness Levels (TRL), Prior Art Search & Guide on Intellectual Property (IP) Application, Commercialization & Licensing from UPM, The Essential of Intellectual Property, Company Formation Basics & Directors Role & Responsibility dan lain -lain lagi.

Bagi mendapatkan perkhidmatan latihan perlindungan harta intelek dan pengkomersilan terutamanya di bawah skop inovasi universiti, boleh hubungi amirin.hairuddin@upm.edu.my untuk maklumat lanjut.  

Date of Input: 10/03/2022 | Updated: 14/10/2022 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEUGAf~