InnoHub Class 1 | Kohort Jun 2026 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » InnoHub Class 1 | Kohort Jun 2026

InnoHub Class 1 | Kohort Jun 2026

InnoHub Class 1 bagi Kohort Jun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan bimbingan Prof. Madya Dr. Puteri Aina Megat Ameir Noordin selaku mentor Program InnoHub. Kelas ini telah dihadiri oleh penyelidik teknikal dan penyelidik pasaran daripada 8 projek yang berjaya dipilih bagi Kohort Jun 2026.
 
Kelas pertama ini merangkumi Ice Breaking, Module 1: Entrepreneurship for Non-Business Innovators serta Workshop 1: Business Strategic Thinking , yang bertujuan membina kefahaman peserta mengenai asas keusahawanan, pemikiran strategik perniagaan serta persediaan awal ke arah pengkomersialan hasil penyelidikan.
 
Putra Science Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mentor serta semua peserta atas komitmen dan penyertaan yang diberikan. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang sesi kelas ini menjadi asas yang kukuh dalam membangunkan syarikat pemula serta menjayakan pengkomersialan hasil penyelidikan.
 
May be an image of ‎text that says "‎UPM UPM PUTRA IRN1 PERTANIANU TUKRANKYAT PUTRA SCIENCE PARK InnoHub INNOHUB CLASS 1- KOHOBT JUN 2026 7JULAI2026 7 7JULAI 2026 10.00 PAGI 1.00 TENGAHARI I INNOHUB, PSP فعت 대리 S VSNSI EM POCOBOMH Pertanian Inovasi Kehidupan Berilmu Berbakti f圓00X upm.edu.my‎"‎

Date of Input: 07/07/2026 | Updated: 07/07/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (12:26:03am-12:31:03am, 10 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]