21 Julai 2026 : InnoHub Class 3 | Kohort June 2026
InnoHub Class 3 bagi Kohort Jun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan bimbingan Prof. Madya Dr. Puteri Aina Megat Ameir Noordin selaku Mentor Program InnoHub. Kelas ini telah dihadiri oleh penyelidik teknikal dan penyelidik pasaran daripada projek-projek yang berjaya dipilih bagi Kohort Jun 2026.
Kelas ketiga ini merangkumi Module 2: Startup Leadership and Team Building , yang bertujuan membina kefahaman peserta mengenai kepimpinan dalam syarikat pemula, pembentukan pasukan yang efektif, pembahagian peranan dan tanggungjawab, komunikasi yang berkesan serta pembangunan budaya kerja berpasukan bagi menyokong pertumbuhan dan kelestarian syarikat pemula.
Putra Science Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mentor serta semua peserta atas komitmen dan penyertaan yang diberikan. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang sesi ini dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh kepimpinan, membina pasukan yang berdaya saing serta menyokong kejayaan pengkomersialan hasil penyelidikan melalui penubuhan syarikat pemula.

Date of Input: 21/07/2026 | Updated: 21/07/2026 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia