Laporan Kemajuan Bagi Program Latihan Sangkutan Pengkomersilan (LSP) | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » laporan kemajuan bagi program Latihan Sangkutan Pengkomersilan (LSP)

laporan kemajuan bagi program Latihan Sangkutan Pengkomersilan (LSP)

7 Mei 2025 – Putra Science Park, satu sesi pembentangan laporan kemajuan bagi program Latihan Sangkutan Pengkomersilan (LSP) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya, melibatkan peserta kohort Oktober 2024. Dalam sesi ini, seramai tiga orang penyelidik telah membentangkan kemajuan projek masing-masing. Mereka terdiri daripada YBrs. Prof. Madya Dr. Nur Kartinee Kassim, yang mengikuti Latihan Sangkutan Pengkomersilan (LSP) 1, Prof. Madya Dr. Maimunah Binti Sanny dan Dr. Ahmad Haniff Bin Jaafar, kedua-duanya merupakan peserta Latihan Sangkutan Pengkomersilan (LSP) 2. Ketiga-tiga penyelidik telah berkongsi pencapaian, cabaran serta perancangan masa hadapan berkaitan inisiatif pengkomersilan yang sedang mereka laksanakan, sekali gus menunjukkan komitmen tinggi terhadap objektif program ini.
 
Sesi pembentangan ini turut disertai oleh tiga orang panel penilai yang berperanan penting dalam memberikan maklum balas membina serta cadangan penambahbaikan kepada peserta. iaitu Prof. Madya Ir. Dr. Nur 'Aliaa Binti Abd Rahman, selaku Timbalan Pengarah Pembangunan Perniagaan, Prof. Madya Siti Rahayu Hussin, Penyelaras Program InnoHub, dan Puan Norliyana Kamarudin, Pegawai Penyelidik Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan Putra Science Park.
 
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta atas kemajuan yang membanggakan di dalam program ini. Diharapkan momentum ini akan terus dikekalkan dalam usaha memperkukuh lagi aspek pengkomersilan hasil penyelidikan, serta memanfaatkan sepenuhnya input yang telah diberikan demi meningkatkan daya saing produk dan teknologi yang dibangunkan.

Date of Input: 07/05/2025 | Updated: 07/05/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (10:00:05pm-10:05:05pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]