Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia, berbesar hati menerima kunjungan tiga Breakthrough Energy Fellows; Dr. Brenda Haendler (Director Technology Management), Meghan Bader (Director Recruitment and Selection) dan Dr. Jane Zhang, Head of Southeast Asia/Singapore dalam satu sesi berfokus kepada pengkomersialan inovasi dan pembangunan perniagaan. Sesi lawatan ini diketuai oleh A.P Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman (Timbalan Pengarah (Pemindahan & Pengkomersialan Teknologi)),A.P. Dr. Saiful Hasley Ramli (Timbalan Pengarah (Promosi dan Pengurusan Harta Intelek), A.P. Siti Rahayu Hussin (Penyelaras InnoHub), serta para penyelidik UPM. Turut hadir ialah Encik Melvin Ong dari Origgin Malaysia.
Lawatan ini memberi peluang kepada PSP dan para penyelidik untuk memahami potensi yang ditawarkan melalui Program Breakthrough Energy Fellowship, iaitu program global berprestij yang menyediakan sehingga USD 500,000 dalam bentuk dana dan USD 500,000 nilai sokongan tambahan bagi meningkatkan tahap kesediaan teknologi (TRL) serta mempercepatkan penerapan inovasi berimpak iklim ke pasaran.
Sebanyak 10 inovasi dan teknologi yang unik dari UPM telah dibentangkan pada sesi ini. Maklum balas serta pandangan dari BE Fellows amat bermanfaat bagi memperkukuh permohonan penyertaan dalam Program Breakthrough Energy Fellowship Kohort 6 kelak.
Putra Science Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Breakthrough Energy Fellows atas lawatan ini dan berharap agar kerjasama bermakna dapat diteruskan bagi memacu inovasi lestari berimpak global.
Date of Input: 25/10/2025 |
Updated: 25/10/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING