Serdang, 14 Oktober 2025 – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima lawatan akademik daripada pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Sik, Kedah bagi memberi pendedahan tentang peranan universiti dalam ekosistem inovasi dan pengkomersilan hasil penyelidikan.
Delegasi pelajar telah diberi taklimat mengenai fungsi utama Putra Science Park sebagai pusat pengurusan harta intelek dan pengkomersilan UPM, selain turut melawat ruang pameran inovasi yang menampilkan pelbagai produk penyelidikan universiti. Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami bagaimana idea penyelidikan boleh diterjemahkan kepada produk bernilai komersial dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Putra Science Park merakamkan penghargaan kepada Kolej Komuniti Sik atas kunjungan tersebut dan berharap lawatan ini dapat memupuk minat pelajar terhadap bidang penyelidikan, inovasi dan keusahawanan teknologi, selaras dengan aspirasi UPM sebagai universiti peneraju inovasi negara.
Date of Input: 14/10/2025 |
Updated: 14/10/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING