Lawatan Penanda Aras UVH-FPV UPM Ke InnoHub Putra Science Park | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Lawatan Penanda Aras UVH-FPV UPM ke InnoHub Putra Science Park

Lawatan Penanda Aras UVH-FPV UPM ke InnoHub Putra Science Park

Satu lawatan dan perbincangan awal telah diadakan melibatkan Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia bagi meneroka potensi pelaksanaan sebuah pusat latihan khusus. Lawatan ini turut disertai oleh Prof. Dr. Samsilah binti Roslan, Pengarah Putra Science Park (PSP) UPM, sebagai platform perbincangan strategik berkaitan keperluan, hala tuju dan konsep pembangunan pusat latihan yang sesuai dengan fungsi UVH sebagai hospital pengajaran dan perkhidmatan veterinar.
 
Memandangkan UVH masih belum mempunyai pusat latihan yang khusus, lawatan ke beberapa bilik dan kemudahan di InnoHub, Putra Science Park telah dijalankan sebagai penanda aras untuk mendapatkan idea dari segi reka bentuk ruang, kemudahan sokongan latihan serta persekitaran pembelajaran berasaskan inovasi. Hasil lawatan ini dijangka dapat menjadi input penting dalam merangka pembangunan pusat latihan UVH pada masa akan datang, selari dengan usaha UPM memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pemindahan pengetahuan dalam bidang perubatan veterinar.
 
May be an image of ‎dais and ‎text that says "‎UPM P M UP NENIDIGNN PUTRA SCIENCE PARK The Forefront Of flnno ויסחרי tion tnh کسسد SINS iencej iencejidu.my idu.my U‎"‎‎

Date of Input: 03/01/2026 | Updated: 03/01/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (07:02:19pm-07:07:19pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]