18 Julai 2025 - Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak Teraju Sepadu Sdn. Bhd. bersama rakan perniagaan strategik dari China, dalam satu sesi perbincangan awal yang membuka peluang baharu ke arah kerjasama pengkomersilan teknologi UPM.
Kunjungan ini memfokuskan minat terhadap inovasi tepung berasaskan biji durian – hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Dr. Rosnah Binti Shamsudin dari Fakulti Kejuruteraan, UPM. Teknologi ini menampilkan potensi tinggi sebagai bahan alternatif dalam industri makanan dan nutraseutikal.
Sesi perbincangan dikendalikan oleh Cik Suzalina Akma Awing dari Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, PSP, bagi meneroka model kolaborasi yang sesuai antara pihak industri dan penyelidik UPM. Hasilnya, pihak syarikat menyatakan persetujuan untuk meneruskan rundingan lanjut bagi merealisasikan kerjasama strategik dalam pengkomersilan produk inovatif ini.
Date of Input: 21/07/2025 |
Updated: 21/07/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING