PUTRAJAYA, 4 Jun - YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan tinjauan ke Pusat Teknologi Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) serta menyaksikan penubuhan Cyber Security Cryptology Development Centre (CSCDC). Dalam lawatan tersebut, Perdana Menteri turut menyaksikan pelantikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah CSCDC, sekali gus memperkukuh komitmen negara dalam memperkasakan ekosistem keselamatan siber dan kriptologi kebangsaan. Turut hadir ialah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato' Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah bersama barisan pemimpin dan pakar industri yang terlibat dalam pembangunan teknologi strategik negara.
Link:https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2564748

Lawatan ini turut mengetengahkan inisiatif Kriptografi Pasca-Kuantum (Post-Quantum Cryptography, PQC) yang diterajui oleh bakat muda PTPKM menerusi program PQC Sandbox. Inisiatif tersebut dilihat sebagai langkah penting dalam mempersiapkan negara menghadapi ancaman keselamatan siber generasi baharu yang muncul seiring perkembangan teknologi kuantum. Dalam masa yang sama, generasi muda diseru untuk terus mendalami bidang teknologi strategik seperti kriptografi, keselamatan siber dan kecerdasan buatan bagi memastikan keselamatan, kedaulatan digital serta daya saing negara kekal terpelihara pada masa hadapan.

Date of Input: 04/06/2026 | Updated: 04/06/2026 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia