MESYUARAT KERJASAMA PENGKOMERSILAN TEKNOLOGI “IGY PELLET” | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » MESYUARAT KERJASAMA PENGKOMERSILAN TEKNOLOGI “IGY PELLET”

MESYUARAT KERJASAMA PENGKOMERSILAN TEKNOLOGI “IGY PELLET”

Serdang, 24 Januari 2025 – Mesyuarat Kerjasama Pengkomersilan Teknologi “IgY Pellet” (A Composition of an Immune Enhancing Aquaculture Pellet) telah diadakan antara Putra Science Park (PSP), UPM dan syarikat Dr. Fish Sdn. Bhd. Teknologi ini adalah hasil penyelidikan Dr. Chong Chou Min daripada Fakulti Pertanian, UPM, yang merangkumi komposisi pelet baharu dan berkesan untuk akuakultur.

Teknologi ini berpotensi meningkatkan daya tahan hidupan akuakultur terhadap patogen, menggalakkan tindak balas imun semula jadi, serta mempertingkat kadar penukaran makanan.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park. Perbincangan memfokuskan kepada hala tuju kerjasama dalam penjualan terus (Outright Sale) teknologi, pemindahan teknologi, dan strategi pengkomersilan teknologi ini.

Langkah ini mencerminkan komitmen Putra Science Park dalam memperkukuh jaringan industri dan mempercepatkan pemindahan teknologi dalam sektor akuakultur. Diharapkan kerjasama ini dapat membuka peluang baharu dalam industri makanan laut dan meningkatkan daya saing penyelidikan UPM di peringkat global.

Date of Input: 24/01/2025 | Updated: 24/01/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (01:09:36pm-01:14:36pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]