Pada 7 Mac 2025, mesyuarat kerjasama pelesenan teknologi “Neem Power: Innovative Teabag Bioinsecticide for Spices” diadakan antara Putra Science Park (PSP) UPM dan Mayi Infinity Sdn. Bhd..
Teknologi ini, hasil penyelidikan Prof. Madya Dr. Ahmad Faizal Abdull Razis dari Institut Biosains (IBS) UPM, menggunakan ekstrak pokok semambu (Neem) untuk menghalau kutu dalam penyimpanan rempah ratus.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, bersama Puan Norhadida Irdayu Binti Mohd Hanafi dari Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, PSP UPM.
Date of Input: 07/03/2025 | Updated: 07/03/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia