Serdang, 24 Januari 2025 – Mesyuarat Rundingan Pengkomersilan secara dalam talian telah diadakan bersama syarikat Able Perfect Sdn Bhd bagi perbincangan penjualan "Outright Sale" paten "Method of Using A Heterogeneous Catalyst For Preparing Green Diesel By Hydrodeoxygenation (HDO) Reaction Of Fatty Acids Feedstock". Paten ini merupakan hasil penyelidikan dari Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak yang diketuai oleh ChM. Dr. Sivasangar Seenivasagam.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park. Perbincangan tertumpu kepada potensi teknologi ini dalam sektor tenaga lestari serta strategi terbaik untuk memastikan kejayaan pengkomersilan paten tersebut.
Rundingan ini mencerminkan usaha Putra Science Park dalam mempercepat pemindahan teknologi dan memperkukuhkan kerjasama dengan industri. Diharapkan hasil perbincangan ini akan membuka peluang baharu dalam bidang tenaga hijau dan memperluaskan impak penyelidikan UPM di peringkat industri dan global.
Date of Input: 24/01/2025 | Updated: 24/01/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia