28 Januari 2025: Mesyuarat bersama Penyelidik UPM iaitu Prof. Madya. Ir. Dr. Mohammad Effendy Bin Ya`acob daripada Fakulti Kejuruteraan, UPM bagi merangka strategi kerjasama teknologi “Agrivoltaic” kepada Syarikat Mabiyoder yang bertapak di Turkey.
Teknologi ini adalah satu Sistem inovatif yang menggabungkan teknologi tenaga boleh diperbaharui dengan amalan pertanian dan penternakan yang mampan. Sistem ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti pertanian dan penternakan dengan memanfaatkan sumber tenaga bersih, mengurangkan kos tenaga, dan memperbaiki kualiti alam sekitar.
Mesyuarat ini dipengerusi oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park dan Puan Norhadida Irdayu Binti Mohd Hanafi, Pegawai Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan (Kluster Pertanian, Perubatan & Kesihatan, Teknologi Makanan)
Date of Input: 28/01/2025 |
Updated: 28/01/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING