Mesyuarat Strategi Pengkomersilan Teknologi “ Natural Plant Based Antimicrobial Agent” | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Mesyuarat strategi pengkomersilan teknologi “ Natural Plant Based Antimicrobial Agent”

Mesyuarat strategi pengkomersilan teknologi “ Natural Plant Based Antimicrobial Agent”

22 Ogos 2025: Mesyuarat dalaman antara Putra Science Park dan kumpulan penyelidik iaitu Prof. Madya Dr. Nur Kartinee Kassim (Fakulti Sains), Prof. Rukman Awang Hamat (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan) & Prof. Madya Dr. Norazlinaliza Salim (Pusat Asasi Sains Pertanian) bagi merangka strategi pengkomersilan teknologi “ Natural Plant Based Antimicrobial Agent”.
 
Teknologi ini adalah agen pembasmi kuman nano emulsi berasaskan tumbuhan yang akan memanfaatkan industri kanta mata (contact lens). Inovasi mesra alam ini akan diteroka bagi meningkatkan kualiti produk optic dan mencipta peluang penubuhan syarikat baharu, menarik pelaburan dari China untuk penubuhan pusat optik di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM dan mengembangkan pemindahan teknologi & pengkomersilan inovasi UPM di peringkat global.
 
Mesyuarat ini dipengerusi oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah, Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park dan Puan Norhadida Irdayu Binti Mohd Hanafi, Pegawai Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan (Kluster Pertanian, Makanan, Perubatan & Kesihatan).

Date of Input: 22/08/2025 | Updated: 22/08/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
W, (02:57:59am-03:02:59am, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]