MYFOOD 2026 Jadi Platform UPM Perkukuh Agenda Keterjaminan Makanan Negara | PUTRA SCIENCE PARK 127
» NEWS » MYFOOD 2026 Jadi Platform UPM Perkukuh Agenda Keterjaminan Makanan Negara

MYFOOD 2026 Jadi Platform UPM Perkukuh Agenda Keterjaminan Makanan Negara

Putra Science Park bersama Fakulti Sains dan Teknologi Makanan , Fakulti Pertanian dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) telah menyertai MYFOOD 2026 yang berlangsung dari 7 hingga 9 Mei 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre. Program ekspo makanan dan minuman bertaraf antarabangsa itu menghimpunkan pemain industri makanan, pengusaha kafe, petani, penyelidik, usahawan serta pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuh ekosistem makanan negara dan mempromosikan kelestarian sektor agromakanan Malaysia.
 
Penyertaan Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi reruai pameran khas turut mengetengahkan pelbagai inovasi, teknologi makanan, hasil penyelidikan dan inisiatif pemindahan ilmu yang berpotensi untuk dikembangkan bersama industri dan komuniti.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen UPM dalam memperkasa agenda keterjaminan makanan negara melalui penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan teknologi. Sepanjang program berlangsung, reruai pameran UPM menjadi tumpuan pengunjung yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pembangunan teknologi pertanian pintar, inovasi makanan serta produk berasaskan penyelidikan tempatan yang mampu memberi nilai tambah kepada industri agromakanan negara. Program seperti MYFOOD 2026 juga membuka ruang jaringan strategik antara universiti, agensi kerajaan, pelabur dan pemain industri dari dalam serta luar negara dalam memperkukuh kerjasama akademia dan industri.
 
Majlis turut dihadiri oleh Datuk Seri Isham Ishak yang berkesempatan melawat reruai pameran dan meninjau pelbagai inovasi yang dipamerkan sepanjang ekspo berlangsung. Turut hadir ialah Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park UPM yang menyantuni pengunjung serta rakan industri yang hadir. Beliau menzahirkan harapan agar penyertaan dalam MYFOOD 2026 dapat memperluaskan peluang pengkomersilan teknologi serta memperkukuh peranan UPM sebagai peneraju inovasi dalam bidang agromakanan negara demi manfaat industri, komuniti dan masyarakat sejagat.

Date of Input: 07/05/2026 | Updated: 07/05/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (08:40:15pm-08:45:15pm, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]