SERDANG 24 Sept 2025 – Pentadbir UPM komited ke arah pelaksanaan perkhidmatan bertunjangkan idea pemikiran kreatif dan inovatif bagi meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan. Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan kursus Pemikiran Kreatif dan Inovatif bertempat di Dewan Seminar Pejabat Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan UPM.
Perkongsian kursus telah disampaikan oleh Inv. Asrizam Esam, Ketua Seksyen Korporat dan Hubungan Strategik Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia (UPM) berdasarkan pengalaman di dalam pengurusan inovasi dan turut bergiat aktif dalam menjalankan projek-projek inovasi sejak 2016 hingga kini terutamanya melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif, Langit Putra PSP UPM.
Pejabat Pendaftar UPM percaya kursus ini mampu memberi nilai tambah kepada peserta sekaligus menyokong agenda universiti dalam membudayakan inovasi dan kecemerlangan kerja. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkasa pentadbir UPM agar lebih berinovatif, berdaya saing sama ada di peringkat universiti, kebangsaan mahupun global, seiring aspirasi UPM.
Menurut Asrizam, inovasi tercetus daripada permasalahan yang dihadapi oleh staf UPM dan juga penjawat awam di dalam proses kerja dan ini akan membuka ruang dan peluang bagi kita untuk menghasilkan inovasi.
Penghasilan inovasi memerlukan kekuatan pasukan yang digabungkan bersama bagi menghasilkan inovasi yang baik, mantap dan berkesan.
"Budaya pemikiran kreatif dan pembangunan inovasi dalam perkhidmatan awam wajar dilaksanakan secara berterusan dan konsistensi kumpulan inovasi adalah faktor penting supaya impak inovasi berkekalan dalam memberi manfaa kepada individu, organisasi mahupun komuniti." katanya lagi.
Date of Input: 26/09/2025 |
Updated: 02/10/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING