Serdang, 7 Mac 2025 – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan sesi perbincangan strategik bersama Unit Pusat Inovasi dan Komersialisasi (ICC), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi membincangkan aspek pemilikan harta intelek (IP) dalam usaha pengkomersilan teknologi.
Sesi ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama dalam pengurusan hak harta intelek yang berkaitan dengan penyelidikan dan inovasi yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan. Antara aspek utama yang dibincangkan termasuk pemilikan bersama IP, strategi perlindungan paten, serta mekanisme pelesenan yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua institusi.
Perbincangan turut menekankan kepentingan memperkasakan ekosistem inovasi dengan memastikan hasil penyelidikan dapat diterjemahkan ke dalam produk atau teknologi yang boleh memberi impak kepada industri, khususnya dalam sektor minyak sawit dan agrikultur.
Turut hadir dalam sesi ini adalah wakil-wakil dari PSP UPM dan Unit ICC MPOB, yang terdiri daripada pakar dalam bidang pemindahan teknologi dan perlindungan harta intelek. Dengan adanya kolaborasi ini, diharapkan akan wujud sinergi yang lebih kukuh dalam memajukan inovasi tempatan ke peringkat global.
PSP UPM terus komited dalam memainkan peranan sebagai pemudah cara kepada penyelidik dan industri bagi memastikan hasil penyelidikan universiti dapat dimanfaatkan secara menyeluruh oleh masyarakat dan ekonomi negara.
Date of Input: 07/03/2025 |
Updated: 07/03/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING