Serdang, 21 Julai 2025 – Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia (UPM) kini giat melakukan persiapan rapi bagi sesi uji bakat program INNOVATON 2025, sebuah inisiatif untuk mencungkil dan membimbing bakat inovatif dalam kalangan pelajar, penyelidik dan warga kampus. Program ini bertujuan mengenal pasti idea-idea bernas dan berpotensi tinggi untuk diketengahkan dalam bidang pengkomersialan teknologi serta pembangunan startup berasaskan penyelidikan.
Antara persiapan yang sedang dijalankan termasuk penyediaan ruang uji bakat yang kondusif, taklimat teknikal kepada panel penilai, serta penyediaan logistik seperti sistem pembentangan digital dan pendaftaran peserta.
Sesi uji bakat ini dijangka menarik penyertaan daripada pelbagai fakulti di UPM, termasuk penyelidik muda dan pelajar siswazah yang ingin meneroka potensi idea mereka ke arah pasaran.
Date of Input: 21/07/2025 |
Updated: 21/07/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING