Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita sekali lagi diberi peluang menyambut Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan dan penghayatan makna pengorbanan.
Aidiladha bukan sekadar sambutan ibadah korban, malah menjadi simbol keikhlasan, ketakwaan dan kesanggupan berkorban demi kebaikan bersama. Semangat inilah yang perlu terus disemai dalam setiap tindakan dan usaha kita, khususnya dalam membina budaya kerja cemerlang, inovatif dan berintegriti demi kemajuan universiti serta kesejahteraan masyarakat.
Saya mewakili seluruh warga Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga UPM, rakan strategik industri serta masyarakat Malaysia. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuh ukhuwah dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam menghadapi cabaran masa hadapan.
“Pengorbanan yang ikhlas adalah asas kepada kejayaan dan keberkatan dalam kehidupan.”
Selamat Hari Raya Aidiladha 2026, Maaf Zahir dan Batin.
PROF. DR. SAMSILAH ROSLAN
Pengarah
Putra Science Park
Universiti Putra Malaysia

Date of Input: 26/05/2026 | Updated: 26/05/2026 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia