Salam sejahtera dan salam perpaduan kepada seluruh warga Universiti Putra Malaysia serta masyarakat Malaysia yang meraikan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun 2026.
Saya, Prof. Dr. Samsilah Roslan selaku Pengarah Putra Science Park, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Keamatan dan Hari Gawai kepada seluruh rakyat Sabah dan Sarawak khususnya warga UPM yang meraikannya. Sambutan ini bukan sahaja melambangkan rasa kesyukuran atas hasil tuaian dan rezeki, malah menjadi simbol kekuatan perpaduan, keharmonian budaya serta kekayaan warisan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Semoga semangat kebersamaan, muafakat dan penghargaan terhadap budaya terus diperkukuhkan demi membina masyarakat yang lebih progresif, harmoni dan berdaya saing. Raikanlah perayaan ini dengan penuh kegembiraan, keselamatan dan kasih sayang bersama keluarga serta insan tersayang.
“Kaamatan dan Gawai diraikan, warisan budaya terus dimartabatkan.”
Ikhlas daripada,
Prof. Dr. Samsilah Roslan
Pengarah
Putra Science Park
Universiti Putra Malaysia

Date of Input: 29/05/2026 | Updated: 29/05/2026 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia