5 Mei 2025 – Putra Science Park UPM hari ini mengadakan satu sesi perjumpaan istimewa bersama Prof. Madya Dr. Nur Kartinee binti Kassim, yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan rangsangan kepada para penyelidik UPM yang bakal menyertai International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2025.
Dalam sesi yang penuh bermakna ini, Prof. Madya Dr. Nur Kartinee, yang sebelum ini telah meraih Pingat Emas dalam edisi ITEX terdahulu, telah berkongsi pengalaman berharga, strategi pembentangan, serta tip dan panduan penting dalam memastikan penyertaan penyelidik mencapai tahap yang cemerlang di pertandingan tersebut.
Sesi perkongsian ini bukan sahaja menjadi medan bimbingan, malah menyuntik semangat dan keyakinan dalam kalangan peserta yang terlibat. Ia turut memperlihatkan komitmen UPM dalam membudayakan kecemerlangan inovasi serta memperkasa daya saing penyelidik di peringkat antarabangsa.
UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Nur Kartinee atas kesudian beliau berkongsi kepakaran dan pengalaman, sekali gus memainkan peranan penting dalam memacu kecemerlangan inovasi universiti.
Date of Input: 05/05/2025 | Updated: 05/05/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia