16 Oktober 2025 – Telah dilaksanakan Program Pemerkasaan Syarikat Pemula InnoHub (PPSPI) minggu ke 14 secara fizikal yang disampaikan oleh Panel Industri: Encik Ahmad Zakir Dato' Wira Jaafar.
Program ini merupakan inisiatif Seksyen InnoHub, Putra Science Park bertujuan memberi sokongan dalam membina model perniagaan yang kukuh bagi mempercepatkan pengkomersilan harta intelek universiti. Program ini melibatkan 17 projek dan syarikat pemula di bawah Program InnoHub.
Pihak InnoHub, PSP, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Penyelidik Teknikal dan Penyelidik Pasaran serta ahli kumpulan yang terlibat atas komitmen dan kerjasama sepanjang program ini.
Date of Input: 16/10/2025 | Updated: 16/10/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia