Adakah anda penyelidik muda yang mempunyai hasil penyelidikan atau inovasi berpotensi untuk dikomersialkan?
Sertai Program Rejuvenasi Minda Inovasi 2026 dan pelajari laluan pengkomersialan, perlindungan harta intelek (IP), pemindahan teknologi serta pembangunan syarikat pemula (start-up) melalui perkongsian pakar dalam bidang inovasi dan pengkomersialan.
Lokasi: Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia
Sesi 1: Start with the End in Mind – From Lab to Market

11 Jun 2026 (Tentatif)

9.00 pagi – 1.30 tengah hari
Sesi 2: Transforming Research into Impact: Commercialization Strategies and Startup Creation

25 Jun 2026 (Tentatif)

10.00 pagi – 3.00 petang

Terbuka kepada staf UPM, khususnya penyelidik muda, pensyarah baharu dan staf yang aktif menjalankan penyelidikan serta menghasilkan inovasi yang berpotensi untuk perlindungan harta intelek dan pengkomersialan.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan panduan terus daripada pakar dan meneroka potensi hasil penyelidikan anda ke arah impak yang lebih besar kepada masyarakat dan industri.

"Dari Makmal ke Pasaran: Mencipta Nilai, Memacu Impak."
Date of Input: 09/06/2026 |
Updated: 09/06/2026 | faizfarhan
MEDIA SHARING