Promotion And Marketing Activities For 2021 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Promotion and Marketing Activities For 2021

Promotion and Marketing Activities For 2021

SERDANG 10 Mac - Sepanjang tahun 2021, Seksyen Promosi dan Pemasaran Inovasi PSP, UPM sentiasa bergerak aktif bagi mendekati pihak industri walapun di kala panedemik yang melanda. Sebanyak 93 aktiviti promosi dan pemasaran penyelidikan dan inovasi telah dapat dijalankan terutamanya aktiviti secara maya dan dalam talian.

Usaha berterusan ini bertujuan untuk memastikan bahawa hasil inovasi UPM yang telah mendapat perlindungan harta intelek dapat disampaikan kepada industri melalui kerjasama pengkomersilan.

Perbincangan antara UPM dengan industri telah diadakan untuk memastikan setiap pemasaran yang dijalankan mendapat kerjasama mampan daripada kedua-dua belah pihak.

Menurut Asrizam Esam, Pegawai Penyelidik, Seksyen Promosi dan Pemasaran Inovasi PSP UPM, kebanyakkan aktiviti promosi dan pemasaran secara fizikal yang telah dirancang, namun tidak dapat dilaksanakan disebabkan Perintah Kawalan Pengerakkan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan bagi mengekang penularan virus COVID -19

Sehubungan itu, aktiviti secara dalam talian melalui laman web, media sosial serta perhubungan dalam talian di pertingkatkan dalam usaha mendapatkan industri yang disasarkan.

Sebahagian besar pameran dagangan di Malaysia yang merupakan ruang utama jaringan industri terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan. Hanya sebahagian berjaya diteruskan menggunakan pendekatan teknologi baharu secara maya.

"Kaedah pameran maya masih belum dapat memberikan impak efektif bagi menggantikan kaedah pemasaran secara fizikal", katanya lagi.

Kaedah penjurian secara maya turut diaplikasikan oleh beberapa penganjur bagi  pertandingan R&D dan inovasi untuk tahun 2021.

Perkembangan semasa juga turut memberi kesan positif di mana  penganjuran beberapa pameran pertandingan R&D dan pameran dagangan di dalam negara telah mula dilaksanakan secara fizikal bermula pada Oktober 2021 dan dapat membantu mencapai KPI yang disasarkan.

Sebanyak 364 harta intelek (paten, reka bentuk perindustrian, hakcipta dan cap dagangan) telah dipromosikan menerusi keseluruhan aktiviti promosi dan pemasaran inovasi yang dijalankan, dan berjaya menghasilkan 37 perbincangan dengan industri berkaitan pengkomersilan teknologi, konsultansi, kerjasama penyelidikan, penyelidikan kontrak dan lain-lain lagi.

Diharapkan tahun 2022 akan dapat memberikan kesan yang lebih positif bagi meneruskan aktiviti promosi dan pemasaran teknologi dengan lebih berkesan lagi apabila negara telah mula membuka semua sektor perniagaan.

Date of Input: 10/03/2022 | Updated: 14/10/2022 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEUTAm~