PSP & Kyutech Teroka Potensi Kolaborasi Pengkomersilan Teknologi AI | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » PSP & Kyutech Teroka Potensi Kolaborasi Pengkomersilan Teknologi AI

PSP & Kyutech Teroka Potensi Kolaborasi Pengkomersilan Teknologi AI

Serdang, 10 Mac 2025 – Putra Science Park (PSP), UPM menerima kunjungan delegasi dari Kyushu Institute of Technology (Kyutech), Jepun, dalam sesi penerangan mengenai fungsi serta pencapaian PSP dalam pemindahan teknologi dan pengkomersilan inovasi.

Delegasi Kyutech diketuai oleh Prof. Madya Dr. Koh Yamamoto dari Information Science and Technology Center Kyutech, bersama En. Keisuke Hanabe, Pengurus Social Communication Division Innovation HQ, dengan diiringi oleh Prof. Dr. Yoshito Ando, Pengarah Kyutech MSSC di Malaysia.

Perbincangan ini membuka peluang kerjasama antara PSP dan Kyutech, terutamanya dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) serta teknologi berkaitan yang berpotensi untuk dikomersialkan. PSP melihat sinergi antara kedua-dua institusi sebagai satu langkah strategik ke arah memperkasa inovasi dan pemindahan teknologi antara Malaysia dan Jepun.

Kolaborasi ini diharap dapat membawa manfaat kepada penyelidik, industri, dan masyarakat melalui pembangunan teknologi yang mampan dan berimpak tinggi.

Date of Input: 12/03/2025 | Updated: 12/03/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
W, (03:43:14pm-03:48:14pm, 18 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]