PSP-TFF Jalin Kerjasama Tingkat Keusahawanan Pertanian Peringkat Global | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » PSP-TFF Jalin Kerjasama Tingkat Keusahawanan Pertanian Peringkat Global

PSP-TFF Jalin Kerjasama Tingkat Keusahawanan Pertanian Peringkat Global

23 Jun - Thought For Food (TFF) memulakan inisiatif menjalinkan kerjasama dengan Putra Science Park UPM bagi membantu meningkatkan kesuahawanan di dalam industri makanan dan pertanian terutamanya melalui pembangunan syarikat start-up. TFF merupakan NGO yang beroperasi diperingkat global dan mempunyai jaringan komuniti yang meluas.

TFF akan membantu para pelajar mahupun start-up company yang mempunyai idea perniagaan di dalam industri makanan dan pertanian untuk berkembang melalui permentoran secara online melalui TFF Lab, menyediakan 30 ribu jaringan rangkaian komuniti usahawan TFF di seluruh dunia dan menganjurkan pelbagai pertandingan idea inovasi seperti Agrifood Rising Star di peringkat global.  

Peringkat permulaan, PSP dan TFF Asia Tenggara saling mempromosikan aktiviti yang sedang berlangsung dan bakal memetrai MOU bagi mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak.

Pelajar UPM/Start-up company yang mempunyai idea yang berkaitan inovasi makan dan pertanian untuk dikembangkan, boleh sertai inisiatif yang dijalankan oleh pihak TFF secara percuma dengan melayari www.thoughtforfood.org 

Date of Input: 30/06/2021 | Updated: 30/06/2021 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W1VMbXUF:23:20