PSP UPM Tekankan Tadbir Urus IP Pada Program POC PQC Sandbox | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » PSP UPM Tekankan Tadbir Urus IP pada Program POC PQC Sandbox

PSP UPM Tekankan Tadbir Urus IP pada Program POC PQC Sandbox

19 Sep 2025 — Pengarah PSP UPM, YBhg Prof Dr Samsilah Roslan menghadiri dan menyampaikan taklimat pada program taklimat serahan dokumen Program Proof of Concept (POC) PQC Sandbox anjuran Pusat Kriptografi dan Pengurusan Teknologi Malaysia (PTPKM).

Dalam sesi tersebut, beliau menekankan peranan PSP dalam memastikan tadbir urus harta intelek UPM dilaksanakan secara telus, berstruktur dan memberi manfaat bersama kepada penyelidik, universiti dan rakan industri.

Turut diperkenalkan ialah rakan strategik UPM, QKAZ Kuantera Sdn. Bhd., pemegang lesen secara eksklusif harta intelek KAZ Algoritma. Kerjasama ini menjadi langkah penting dalam membawa teknologi frontier UPM ke peringkat industri.

Menurut beliau, perjalanan QKAZ daripada penyelidikan sejak 2015 sehingga penubuhan syarikat pada 2024, penyertaan dalam Program InnoHub dan dimeterai perjanjian pelesenan pada 2025 membuktikan usaha berterusan dalam mengangkat hasil inovasi UPM ke pasaran.

Beliau turut menegaskan bahawa tadbir urus dan pemantauan IP yang berkesan adalah kunci bagi memastikan hasil penyelidikan universiti memberi impak nyata kepada industri, masyarakat dan negara.

Date of Input: 20/09/2025 | Updated: 20/09/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
F, (04:00:04pm-04:05:04pm, 27 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]