SIDANG MEDIA PUTRA CIPTA SIRI 2/ 2024 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » SIDANG MEDIA PUTRA CIPTA SIRI 2/ 2024

SIDANG MEDIA PUTRA CIPTA SIRI 2/ 2024

SERDANG, 23 Julai – Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalinkan kerjasama menerusi Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Bio-Angle Vacs Sdn. Bhd (BAV) bagi perlesenan vaksin oral ikan iaitu teknologi Vivac UPM dan perjanjian penjualan paten bagi teknologi Aquabooster hari ini.
 
 
 
 
ViVac UPM ialah vaksin untuk imunisasi ikan bagi ikan marin terhadap jangkitan bakteria melalui pemakanan, manakala vaksin AquaBooster digunakan untuk ikan air tawar.
Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, universiti memandang serius peranan dan obligasi untuk mewujudkan hab penyelidikan dan inovasi yang menjana nilai berteraskan ekosistem lestari.
 
 
“Selaras dengan hasrat ini, UPM giat mengambil pra-karsa bagi menghasilkan penyelidikan yang dapat melahirkan inovasi serta produk yang berpotensi untuk dikomersilkan,” katanya pada Sidang Media Putra Cipta Siri 2/2024.
 
 
Penyelidik IBS, UPM, Prof. Madya Dr. Ina Salwany Md Yasin berkata pengkomersialan inovasi vaksin oral ikan itu telah dirintis BAV untuk tujuan pengkomersilan serta meneruskan kesiapan produk kearah pembuatan vaksin bertaraf GMP yang diperakui oleh agensi kawal selia.
 
 
 
“Vaksin ini dapat memberikan manfaat ekonomi dan menjadi keperluan dalam industri akuakultur serta sebagai alternatif kepada penggunaan antibiotik yang berbahaya,” katanya.

Date of Input: 19/07/2024 | Updated: 24/07/2024 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
Z, (09:48:25pm-09:53:25pm, 02 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]