UPM Dan DNB Perkukuh Kerjasama 5G Bagi UPM AI Sandbox | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM dan DNB Perkukuh Kerjasama 5G bagi UPM AI Sandbox

UPM dan DNB Perkukuh Kerjasama 5G bagi UPM AI Sandbox

SERDANG, 15 April 2025 - Mesyuarat Susulan berkenaan Memorandum Persefahaman (MoU) Rangkaian 5G bagi UPM AI Sandbox di antara UPM dan Digital Nasional Berhad (DNB) telah diadakan secara atas talian. 
 
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Nur 'Aliaa Abd Rahman selaku Timbalan Pengarah (Pembangunan Perniagaan) PSP telah membincangkan pengisian dalam MoU seperti keperluan teknikal yang diperlukan oleh pihak DNB berkenaan liputan 5G untuk projek UPM AI Sandbox.
 
Mesyuarat ini dihadiri oleh Encik Ahmad Shahie Sobry (Ketua Penyampaian Perniagaan dan Strategi Teknologi DNB), Prof. Ir. Dr. Aduwati Sali (Pengarah INSPEM), Prof. Madya Dr. Nor Asilah Wati Abdul Hamid (Timbalan Pengarah INSPEM), Pn. Iszuanie Che Ilias (Pegawai Penyelidik INSPEM) dan Pn. Norliyana Abd Karim (Pegawai Tadbir PSP).

Date of Input: 15/04/2025 | Updated: 15/04/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
Z, (03:10:10pm-03:15:10pm, 30 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]