Serdang, 10 Februari 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan mesyuarat strategik bersama syarikat Elite Scientific Instrument Sdn. Bhd. bagi membincangkan potensi kerjasama dalam pengkomersilan teknologi NET-PEAT: Networked Peatland ASEAN Communities for Transboundary Haze. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, dengan kumpulan pakar penyelidik UPM diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Aduwati Sali dari Fakulti Kejuruteraan.
Mesyuarat ini bertujuan memperkenalkan teknologi NET-PEAT kepada pihak syarikat serta membincangkan sinergi antara industri dan akademia. Sesi yang berlangsung padat dengan perbincangan dan soal jawab ini memastikan pemahaman jelas kedua-dua pihak bagi merealisasikan potensi teknologi tersebut. Diharapkan, kerjasama ini akan membuka peluang lebih luas untuk inovasi UPM memasuki pasaran dan memberi impak kepada pengurusan tanah gambut dan pencemaran jerebu rentas sempadan di ASEAN.
Date of Input: 18/02/2025 | Updated: 18/02/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia