UPM Julung Kali Menang Better World Project 2026 Di Amerika Syarikat | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM Julung Kali Menang Better World Project 2026 di Amerika Syarikat

UPM Julung Kali Menang Better World Project 2026 di Amerika Syarikat

SERDANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta sejarah apabila inovasi agriteknologi berasaskan nanoteknologi, Photosynthesis 2.0 menerusi produk QarboGrow, dinobatkan sebagai pemenang Better World Project (AUTM US 2026) di Amerika Syarikat. Kejayaan ini merupakan kali pertama Malaysia meraih pengiktirafan tersebut, sekali gus mengangkat nama negara dalam arena inovasi dan pemindahan teknologi bertaraf global.

Inovasi yang diterajui oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid dari Institut Nanoscience dan Nanotechnology (ION2) serta Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, UPM ini memanfaatkan carbon quantum dots (CQDs) yang dibangunkan daripada agrosisa semula jadi. Teknologi ini berupaya menukarkan cahaya ultraungu (UV) kepada photosynthetically active radiation (PAR) bagi meningkatkan kadar fotosintesis tumbuhan. Kajian lapangan menunjukkan peningkatan hasil tanaman sehingga 30 peratus tanpa memerlukan perubahan amalan pertanian sedia ada.

Pengkomersilan teknologi ini direalisasikan melalui penubuhan syarikat spin-off Qarbotech dengan sokongan Putra Science Park (PSP). Kini, QarboGrow telah berkembang ke pasaran antarabangsa termasuk Thailand dan China serta menerima pelaburan global bernilai jutaan dolar Amerika. Kemenangan ini membuktikan keupayaan penyelidikan universiti tempatan untuk diterjemahkan kepada penyelesaian dunia sebenar yang memberi impak kepada produktiviti dan keselamatan makanan global.

May be an image of headscarf and text

Date of Input: 12/02/2026 | Updated: 12/02/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (12:58:19pm-01:03:19pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]