Serdang, 22 Mei 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) memeterai dua perjanjian pelesenan teknologi bersama Serdang Paste Tech Sdn. Bhd. bagi produk inovatif “Organic Conductive Paste” dan “Nanocarbon Patch Antenna”.
“Organic Conductive Paste”, hasil penyelidikan Prof. Dr. Mohd Nizar Hamidon, merupakan pes konduktif mesra alam berasaskan bahan nano dan minyak linseed, sesuai untuk industri elektronik dan salutan.
Sementara itu, “Nanocarbon Patch Antenna” oleh Ts. Dr. Intan Helina dari Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) menggunakan tiub nano karbon daripada minyak masak terpakai dan bahan ferit untuk aplikasi pengecasan tanpa wayar.
Majlis turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman (Timbalan Pengarah, Putra Science Park), Prof. Dr. Suraya Abdul Rashid (Pengarah ION2), Dr. Mohd Hafizuddin Ab Ghani, dan Dr. Farah Nabilah Shafiee (CEO Serdang Paste Tech).
Date of Input: 23/05/2025 | Updated: 23/05/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia