UPM Komersialkan Serbuk Herba ‘Cosmos’ Bersama Astera Food | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM Komersialkan Serbuk Herba ‘Cosmos’ Bersama Astera Food

UPM Komersialkan Serbuk Herba ‘Cosmos’ Bersama Astera Food

Serdang, 22 Mei 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) memeterai perjanjian pelesenan teknologi “An Improved Method of Freeze-Drying Herbal Leaves” bersama Astera Food Sdn. Bhd., syarikat pemula di bawah Program InnoHub Putra Science Park (PSP) yang ditubuhkan pada 2020.

Teknologi hasil penyelidikan Dr. Ahmad Haniff Jaafar (Fakulti Sains dan Teknologi Makanan) ini menghasilkan “Cosmos” – serbuk herba daripada ulam raja (Cosmos caudatus) yang berpotensi sebagai produk makanan fungsional dengan manfaat antioksidan, anti-radang dan anti-diabetes.

Majlis disaksikan oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan (Pengarah PSP), Prof. Dr. Rabiha (FST), Dr. Sarina Abdul Halim Lim (FST), serta wakil SME Corp. Malaysia, Puan Ismas Isurizerly Ismail, yang menyalurkan dana melalui Program i-SEE.


Majlis dihoskan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman (Timbalan Pengarah, PSP).

Date of Input: 23/05/2025 | Updated: 23/05/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (08:36:06pm-08:41:06pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]