UPM Libat Diri Dalam Semakan Semula Dasar Pengkomersialan Harta Intelek Negara | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM Libat Diri Dalam Semakan Semula Dasar Pengkomersialan Harta Intelek Negara

UPM Libat Diri Dalam Semakan Semula Dasar Pengkomersialan Harta Intelek Negara

Putrajaya, 18 Jun 2025 – YBhg. Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menghadiri dan membentangkan input penting dalam Sesi Libat Urus Semakan Semula Dasar Pengkomersialan Harta Intelek dan Reka Cipta Dibiayai Kerajaan 2021–2025 yang berlangsung di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Putrajaya.
 
Sesi anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini bertujuan mengumpul pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam menambah baik dasar sedia ada agar lebih selaras dengan keperluan semasa ekosistem inovasi dan pengkomersialan negara.
 
Dalam sesi tersebut, Prof. Dr. Samsilah telah berkongsi dapatan serta syor strategik berdasarkan pengalaman UPM dalam pelaksanaan pemindahan teknologi dan pengkomersialan hasil penyelidikan. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan pembangunan kapasiti penyelidik, pemerkasaan kerjasama industri, dan pengukuhan sokongan dasar dalam memacu kejayaan pengkomersialan teknologi tempatan.
Penyertaan UPM dalam sesi ini mencerminkan komitmen universiti dalam menyokong agenda nasional ke arah negara berpendapatan tinggi berasaskan inovasi.

Date of Input: 18/06/2025 | Updated: 18/06/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (09:12:40pm-09:17:40pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]