Serdang, 7 Februari 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan mesyuarat bersama penyelidik bagi membincangkan hala tuju pengkomersilan teknologi NET-PEAT: Networked Peatland ASEAN Communities for Transboundary Haze. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, dengan pembentangan oleh YBhg. Prof. Dr. Aduwati Bt Sali dari Fakulti Kejuruteraan, UPM.
Teknologi NET-PEAT menggunakan sistem machine learning untuk memantau kelembapan tanah dan paras air bagi tanah gambut, serta dilengkapi dengan alat pengesan yang memberi amaran awal bagi mengurangkan risiko kebakaran. Teknologi ini dijangka dapat menyokong pengurusan pertanian mampan serta memperkukuh usaha mitigasi jerebu rentas sempadan di rantau ASEAN.
Date of Input: 10/02/2025 | Updated: 10/02/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia