KUALA LUMPUR, 17 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya merangkul enam pingat emas pada Pameran 35th International Invention, Innovation & Technology 2024 (ITEX 2024) pada hari ini.
Pingat emas yang diraih oleh UPM ialah melalui inovasi Putra Uav (Putra Unmanned Aerial Vehicle) oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Haji Hameed Sultan dari Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) serta Date Dynamo: Fueling Your Fitness Journey With Low-GI Bliss oleh Prof. Ir. Dr. Yus Aniza Yusof dari Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH).
Juga mendapat pingat emas ialah inovasi Ultra Low Speed Wind Turbine for Onshore Rural Area Usage oleh Prof. Ir. Dr. Kamarul Arifin Ahmad dari Fakulti Kejuruteraan dan SOILPROP: Soil Properties Mapping System oleh Dr. Ezrin Mohd Husin dari Fakulti Kejuruteraan.
Inovasi NET-PEAT: Machine Learning (ML) Formulation to Predict Drought Code (DC) for Fire Danger Rating System (FDRS) oleh Prof. Ir. Dr. Aduwati Sali dari Fakulti Kejuruteraan dan Try-Gonna Bee Apps: Ensuring Food Security through App-Guided Urban Beekeeping oleh Dr. Noris Mohd. Norowi dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) turut meraih emas kali ini.
Inovasi SOILPROP: Soil Properties Mapping System adalah antara produk inovasi yang mendapat perhatian kerana teknologi sistem tersebut dibangunkan untuk mengenalpasti kesuburan tanah dengan tepat pada sawah padi yang boleh membantu penjimatan penggunaan baja oleh pesawah padi.
Teknologi tersebut telah digunakan secara meluas di Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor telah terbukti mampu meningkatkan hasil padi sehingga 26 peratus dan mengurangkan penggunaan baja sehingga 50 peratus.
Selain itu, teknologi SOILPROP: Soil Properties Mapping System boleh diaplikasikan untuk tanaman kelapa sawit dan kelapa namun perlu diubah beberapa pengiraan baharu bagi verikasi tanaman baharu yang juga menjadi tulang belakang pada sistem tersebut.
Dalam pada itu, ITEX 2024 adalah pameran pertandingan rekacipta dan inovasi yang berprestij antarabangsa serta teknologi penyelidikan UPM yang dipertandingkan kali ini merupakan ketersediaan teknologi dan inovasi terbaharu UPM dalam bidang pertanian dalam menerajui bidang fokus keterjaminan makanan.
Inovasi UPM kali ini telah menarik perhatian perekacipta dari dalam dan luar negara dengan mempamerkan inovasi dan teknologi terkini dalam pelbagai bidang profesional meliputi pertanian, kejuruteraan, dan teknologi makanan.
ITEX 2024 turut menampilkan anugerah khas, ITEX Awards, Asian Invention Excellence Awards, IFIA Award, Malaysia Innovative Product Award, Sponsor Awards, International Awards bagi meraikan inovasi dan teknologi terbaik sekali gus menggalakkan pertumbuhan perniagaan baru bagi memacu sektor ekonomi negara terutama dalam sektor pertanian.
Date of Input: 30/05/2024 |
Updated: 21/06/2024 | faizfarhan
MEDIA SHARING