Serdang, 10 Februari 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan mesyuarat bersama syarikat global, Synergy Group dari Hong Kong bagi membincangkan kerjasama strategik menerusi Green Initiative Program. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman dengan penglibatan kumpulan pakar penyelidik UPM yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. H’Ng Paik San dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar.
Kerjasama ini memberi tumpuan kepada penyelidikan rawatan air bagi sistem tanaman hidroponik yang disokong oleh teknologi ultra high efficiency LED dalam usaha memenuhi piawaian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Beberapa teknologi tempatan turut berpotensi untuk dilesenkan kepada Synergy Group, memberi nilai tambah kepada syarikat dalam menjayakan projek ini. Inisiatif ini mengukuhkan hubungan UPM dan industri global, memacu inovasi mampan serta manfaat bersama melalui kerjasama penyelidikan dan pembangunan teknologi.

Date of Input: 18/02/2025 | Updated: 18/02/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia