UPM Terajui Keterjaminan Makanan Di PKMK2025 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM Terajui Keterjaminan Makanan di PKMK2025

UPM Terajui Keterjaminan Makanan di PKMK2025

SERDANG, 10 Jun 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM), melalui Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), telah berjaya menganjurkan Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan (PKMK2025). Persidangan ini telah menghimpunkan seramai 686 peserta bagi membincangkan hala tuju dasar pertanian serta keterjaminan makanan negara.
 
Persidangan yang mendapat sokongan padu dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, hari ini.
 
Kemuncak acara adalah pelancaran QarboGrow, sebuah inovasi penggalak fotosintesis yang terhasil daripada penyelidikan kolaborasi antara UPM dan Syarikat Qarbotech Sdn. Bhd., sebuah syarikat Pemula InnoHub UPM. Inovasi ini diterajui oleh penyelidik UPM sendiri, Prof. Ir. Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid dari Fakulti Kejuruteraan dan Institut Nanosains dan Nanoteknologi.
 
Putra Science Park UPM turut serta secara aktif dalam PKMK2025, mempamerkan produk-produk inovasi lain yang dibangunkan oleh penyelidik UPM, sekali gus mengukuhkan komitmen UPM dalam memacu inovasi dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan.
 
PKMK2025 telah menjadi platform penting bagi pihak berkepentingan untuk bertukar idea dan membina kerjasama, yang akhirnya menyumbang kepada masa depan makanan yang lebih berdaya tahan dan lestari untuk Malaysia.

Date of Input: 11/06/2025 | Updated: 11/06/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
S, (05:13:59am-05:18:59am, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]